Tuesday, August 2, 2011

resepi kuih pie tee








Pai Tee

Bahan Untuk Acuan/Topping:
6 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung beras
1 sudu teh tepung pulut
1 biji telur
Sedikit garam
Air untuk bancuhan tepung (kena pandai2x agak, jgn bancuh terlalu pekat atau trlalu cair)
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti:
80 gm lobak merah
80 gm sengkuang cina dihiris memanjang
80 gm timun
Sos cili @ sos kacang

Cara Membuatnya:

i) Campur tepung gandum, tepung beras & tepung pulut serta sedikit garam dalam bekas
ii) Masukkan telur dan air. Kisar dengan bahan pengisar hingga sebati. Kemudian tuangkan adunan dalam gelas panjang supaya senang dicelup nanti.
iii) Panaskan minyak banyak & celup acuan pai tee dahulu supaya hasil pie tee senang dibuka dan tidak melekat pada acuan.
iv) Kemudian barulah celup acuan ke dalam adunan tadi
v) Goreng sambil digoyang sedikit sehingga perang. Angkat & ulang sampai habis.
vi) Isikan bahan inti ke dalam & hidangkan bersama sos cili @ sos kacang

TIP: Ketika menggoreng, henjut @ goyang sedikit supaya hasilnya mudah tanggal dari acuan

Wednesday, June 8, 2011

Rupa-rupanya....aku kena berpantang..

Cuti sekolah ni balik kampung di Aloq Setaq, Kedah...balik pun sebenaqnya ada tujuan..iaitu untuk balik gi berubat..Mak ngan ayah aku kt kg pun usaha btul untuk aku..maklumlah..depa pun teringin sangat nak ada cucu...Aku ni la bermasalah betul...dh 5 thn lebih kahwin..still x dpt anak lgi....so harap2x lps gi berurut tu tercapai lah hajat aku & suami untuk mndptkn zuriat, mak ayah & mak ayah mertua aku untuk mndpt cucu...huhu...

Aku balik hri Selasa, 31 Mei 2011, hri Khamis aku mula gi berjumpa bidan Puteri di Kuala Kedah...dgr kata rmai yang berjaya...so aku harap sangat aku dptlah mnjdi salah seorang yang berjaya tu...Aku dikehendaki gi mengurut 3 hari berturut-turut..huhu..msa hri prtma, makcik bidan tu ckp aku ni prnh gak 'lekat'..cma disebabkan aku ni mkn tak berpantang...so akhirnya keguguran...aku pun tak sgka bidan tu ckp mcm tu...bila difikir balik mgkn ada benarnya sbb mmg aku prnh rsa sakit2x nk demam+loya+muntah2x yg agak teruk dlm 2 bln lps...tp aku x trfikir plak aku dh pregnant...klau lah aku tau....sure aku akn jga punya pemakanan aku....huhu...sedeynya...

So lps ni bidan tu cakap, aku kena berpantang la...tak boleh makan bnda2x tajam spt nenas, tebu, jeruk2x, serai, laksa/asam keping, tak boleh minum air kelapa, air tebu & air yang bergas...aku harap dengan berpantang ni, aku berjaya la mncapai impian aku yang sgt2x aku harapkan ni...Ya Allah ya tuhanku..smoga Engkau memakbulkan prmintaan hambaMu yg hina ini...Hanya Engkaulah sahaja yang tahu betapa aku menginginkannya..Amin ya rabbal a'lamin...